[DISPLAY_ULTIMATE_SOCIAL_ICONS]

Sumbangan Pembinaan Pusat Tarbiah dan Pembangunan Komuniti Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan

Orang ramai diminta menghulurkan sumbangan kepada Pusat Tarbiah dan Pembangunan Komuniti Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan yang kini sedang dalam pembinaan yang memerlukan baki RM1.8 juta.

Pusat berkenaan dibina atas tujuan pembangunan dalam usaha menjadikannya sebagai satu lokasi aktiviti komuniti dengan membolehkan masyarakat menjalankan usaha secara beramai-ramai termasuk memasak, kerja kraftangan dan menjana pendapatan setempat serta tempat belia beriadah, selain sewaan bilik atau dewan disediakan.

Selain itu, pusat itu juga akan menjadi platform pentadbiran di DUN Pengkalan Kubor, Tumpat.

Kos sebenar bangunan ini ialah RM2.21 juta dan sekarang ini sudah siap kira-kira 30 peratus dengan jangkaan kesiapan pada Januari 2021 nanti.

Majlis pecah tanah dijalankan sejak 30 Mac tahun lalu dan setakat ini bagi perkembangan pembangunan fasa satu melibatkan ruangan pentadbiran, dewan kursus, musala dan bilik rehat tetamu dengan progres kesiapan 50 peratus.

Sementara itu, untuk progres pembangunan bagi fasa dua, ia melibatkan tiga pintu bagi ruangan pameran atau jualan, dewan seminar, hotel dan lain-lain.

Oleh itu, kami amat berbesar hati memohon sumbangan daripada dalam menjayakan usaha menggerakkan komuniti di sekitar Pengkalan Kubor.


وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ ۖ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ
“Dan apa saja yang kamu infaqkan, Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi rezeki yang terbaik” [Surah Saba’ ayat 39]

Hulurkan bantuan anda. Infaqkan harta anda. InsyaAllah, Allah akan membuka pintu rezeki yang lebih luas kepada anda.

MAJLIS PERASMIAN PECAH TANAH PUSAT TARBIAH

KALI PERTAMA CUCI TAPAK PUSAT TARBIAH PK

9/4/2019 - 4/7/2019 : PROGRESS PEMBINAAN PUSAT TARBIAH

6/7/2019 - 15/9/2019 PROGRESS PEMBINAAN PUSAT TARBIAH

14/9/2019-29/1/2020 PROGRES PEMBINAAN PUSAT TARBIAH

CARA MEMBUAT SUMBANGAN

JUMLAH YANG DIKUTIP SEHINGGA 29 Jun  2020 

RM800,000 32%

“Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual-beli padanya, dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim.”

(Al-Baqarah 2:254)