Slide 1
Slide 1
previous arrowprevious arrow
next arrownext arrow

JUMLAH YANG DIKUTIP SEHINGGA HARI INI

rm7080.00

RM7010 11%

SUMBANGAN SERENDAH RM10 SAHAJA. SUMBANGAN ANDA AMAT BESAR NILAINYA KEPADA Pusat Tarbiah Dan Pembangunan Komuniti Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan

Maksudnya: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya. Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.”
(Surah al-Baqarah: 261-262)

Nabi Muhammad ﷺ bersabda : “Tidak satu hari pun di mana pada setiap pagi seorang hamba itu melainkan dua Malaikat turun kepadanya, salah satu di antara keduanya berdoa: „Ya Allah, berikanlah ganti (ganjaran pahala) bagi orang yang berinfak (bersedekah).‟ (HR: Bukhari dan Muslim)

Sedekah4Ummah merupakan platform wakaf atas talian yang dibangunkan untuk membantu badan-badan berautoriti yang dibenarkan oleh undang-undang dan secara legal dalam membangkitkan kebersamaan memperkasakan masyarakat melalui program-program yang dilaksanakan seperti pembinaan pusat komuniti masyarakat, pembinaan masjid, membantu golongan yang susah dan miskin serta lain-lain yang relevan. Sedekah4Ummah ini bertujuan untuk memudahkan para Jemaah atau masyarakat membuat sumbangan dan berinfak selaras dengan peredaran teknologi kini. Fokus Sedekah4Ummah adalah untuk merealisasikan pembinaan bangunan komuniti/ masyarakat Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan.

Kelebihan berwakaf

01.

— Menjana Pendapatan

Memberi pendapatan kepada kepada pihak yang diwakafkan

02.

— Dapat Dimanfaatkan

Dapatkan dimanfaatkan oleh ramai dan ianya akan sentiasa berkembang

03.

— Pahala Berterusan

Pahala berterusan akan diterima oleh pewakaf selagi ia digunakan

KENAPA BERWAKAF?

Meraih Pahala

Satu Peluang Meraih Pahala Yang Panjang Menerusi Derma Wakaf Komersial Yang Memberi Pulangan Ekonomi Jangka Panjang Untuk Amal Islami

Kegunaan Orang Ramai

Pusat berkenaan dibina atas tujuan pembangunan dalam usaha menjadikannya sebagai satu lokasi aktiviti komuniti dengan membolehkan masyarakat menjalankan usaha secara beramai-ramai termasuk memasak, kerja kraftangan dan menjana pendapatan setempat serta tempat belia beriadah, selain sewaan bilik atau dewan disediakan.

Sumbangan Pembinaan Pusat Tarbiah dan Pembangunan Komuniti Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan

Orang ramai diminta menghulurkan sumbangan kepada Pusat Tarbiah dan Pembangunan Komuniti Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan yang kini sedang dalam pembinaan yang memerlukan baki RM1.8 juta.

Pusat berkenaan dibina atas tujuan pembangunan dalam usaha menjadikannya sebagai satu lokasi aktiviti komuniti dengan membolehkan masyarakat menjalankan usaha secara beramai-ramai termasuk memasak, kerja kraftangan dan menjana pendapatan setempat serta tempat belia beriadah, selain sewaan bilik atau dewan disediakan.

Selain itu, pusat itu juga akan menjadi platform pentadbiran di DUN Pengkalan Kubor, Tumpat.

Kos sebenar bangunan ini ialah RM2.21 juta dan sekarang ini sudah siap kira-kira 30 peratus dengan jangkaan kesiapan pada Januari 2021 nanti.

Majlis pecah tanah dijalankan sejak 30 Mac tahun lalu dan setakat ini bagi perkembangan pembangunan fasa satu melibatkan ruangan pentadbiran, dewan kursus, musala dan bilik rehat tetamu dengan progres kesiapan 50 peratus.

Sementara itu, untuk progres pembangunan bagi fasa dua, ia melibatkan tiga pintu bagi ruangan pameran atau jualan, dewan seminar, hotel dan lain-lain.

Oleh itu, kami amat berbesar hati memohon sumbangan daripada dalam menjayakan usaha menggerakkan komuniti di sekitar Pengkalan Kubor.

“Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual-beli padanya, dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim.”

(Al-Baqarah 2:254)

LOKASI PUSAT KOMUNITI YANG BAKAL DIBANGUNKAN